Saturday, January 29, 2011

Tips Mengurangkan Tekanan


Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1)      Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2)      Perbanyakkan membaca Al-Qur'an Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
<div style="border: 1px solid rgb(153, 153, 153);  overflow: auto;  width: 100px;  height: 100px;  text-align: center; "></div>

3)      Banyakkan Solat Sunat Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4)      Selalu berdoa kepada Allah Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.



5)      Bersangka baik dengan Allah Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6)      Lakukan kegiatan luar seperti bersukan Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7)      Amal diet dengan disiplin yang kuat Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8)      Menangis dengan sepuas hati Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9)      Hargai kebolehan diri sendiri Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10)     Cintai diri sendiri "Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

Cara-cara memotong kuku mengikut agama Islam ...







Hari Memotong Kuku & Hikmahnya...

Hari Sabtu : nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penykit

Hari Ahad : nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kepadanya kemiskinan

Hari Isnin : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sihat

Hari Selasa : nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Rabu : nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat : nescaya keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah SWT
Sunat memotong kuku bermula dengan jari kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk hingga jari kelingking dan diikuti ibu jari...

Kemudian, tangan kiri bermula daripada jari kelingking hingga ibu jari...

Bagi kuku kaki pula bermula dengan kaki kanan bermula daripada jari kelingking hingga ibu jari...

Kemudian, kaki kiri bermula daripada ibu jari hingga jari kelingking...


Kuku yang dipotong sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya kerana ia adalah sebahagian daripada anggota badan manusia seperti yang dilakukan oleh Umar ra.

20 Petua Murah Rezeki


      Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan
    keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan
    konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah (SWT) memberi jalan buat
    setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang
    boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

    1. Menyempatkan diri beribadah

    Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-
    Nya dalam hadis qudsi:


    “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
    membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya
    maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup
    kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
    Abu Hurairah r.a.)

    2. Memperbanyak istighfar

    Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
    Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada
    hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
    Sabda Nabi s.a.w.:
    “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan
    menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan
    memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,
    Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
    r.a.)

    3.Tinggalkan perbuatan dosa

    Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan
    saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi
    s.a.w.:
    “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
    yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

    4.Sentiasa ingat Allah (SWT)
    Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.
    Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
    “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
    mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati
    menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

    5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa


    Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar
    siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah
    berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
    Baginda s.a.w. juga bersabda:
    “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
    Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,
    al-Asybahani dan al-Hakim)


    Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
    berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
    “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
    nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim
    dan ad-Dailami)

    6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

    Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan
    dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,
    juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
    “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana
    orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

    7.Tunaikan hajat orang lain

    Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam
    bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
    “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan
    hajatnya…” (Riwayat Muslim)

    8.Banyak berselawat

    Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita
    tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,
    kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan
    terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

    9.Buat kebajikan banyak-banyak

    Ibnu Abbas berkata:
    “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
    rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
    Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,
    melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

    10.Berpagi-pagi


    Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
    sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

    11.Menjalin silaturrahim


    Nabi s.a.w. bersabda:
    “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya
    maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

    12.Melazimi kekal berwuduk


    Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman
    mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh
    Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:
    “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT)
    akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-
    Walid)

    13.Bersedekah


    Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu
    rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
    “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang
    Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba
    sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada
    orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang
    menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-
    Daruquthni dari Anas r.a.)

    14.Melazimi solat malam (tahajud)

    Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh
    rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang
    dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)

    15.Melazimi solat Dhuha

    Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan
    urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.
    Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:
    “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat
    rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan
    Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan
    Thabrani)

    16.Bersyukur kepada Allah (SWT)


    Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) .
    Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:
    “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-
    Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya
    azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan
    memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

    17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu


    Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan,
    menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk
    keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama,
    diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
    Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika
    dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat,
    dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan
    murahkan rezeki.
    Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat
    menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
    misalnya dibaca “Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi
    doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah
    pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis
    menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia
    tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

    18.Berdoa


    Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh
    bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam
    al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan
    perkenankan.

    19.Berikhtiar sehabisnya


    Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis
    sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang
    dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT)
    beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi
    Syaibah dan al-Hakim)
    Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang
    boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,
    hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik
    dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya
    pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang
    baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya
    yang haram, dan sebagainya.

    20.Bertawakal


    Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan
    Allah (SWT) . Firman-Nya:
    “Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan
    (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
    Nabi s.a.w. bersabda:
    “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar
    tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia
    pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-
    Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab
    r.a.)
    Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa
    kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari
    segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan
    yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
    Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata
    yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-
    amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT) , lalu Allah (SWT)
    limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan
    pemberian-Nya.