Friday, August 12, 2011

Berkat di sebalik membaca Bismillah.



"Ada seorang perempuan tua yang taatberagama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakankewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membacaBismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakansesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah.

Suaminya tidak suka dengan sikapisterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambilmengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T.supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata :"Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmuitu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikanwang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini."Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di sampingitu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengansenyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit kedalam perigi di belakang rumahnya.



Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata,"Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untukdisimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dandiikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpanduit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim."Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikanbeg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segalaperbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakanperintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakansesuatu kerja."

p/s : Mulakanlah setiap Pekerjaan Kita Dengan mmbca basmalah.. InsyaALLAH mndapat keberktan Allah lgi2 Di bulan Ramadhan yng Berkat ini...